Thursday, October 11, 2007

Pelancaran Angkasawan Malaysia ke ISS

Salam sejahtera buat pembaca sekalian. Mengikut jejak langkah bingsterz Si Merah Jambu, kali ini saya akan memblog dalam Bahasa Melayu. Pada pukul 9.21 malam tadi, kita telah menyaksikan pelancaran roket di Baikonur, Rusia menuju ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) membawa angkasawan Malaysia pertama, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor. Amat mengagumkan melihat visual secara langsung dalam kebanyakan saluran televisyen yang menunjukkan roket tersebut dalam proses pelancaran.

Suatu yang amat menghairankan, adalah roket tersebut dilihat seakan-akan menuju ke bawah skrin disebabkan kedudukan kamera. Jika difikirkan, roket tersebut dilancarkan berserenjang (atau hampir berserenjang) dengan permukaan Bumi, maknanya menghala keluar dari Bumi. Jadi bagaimanakah roket tersebut dapat dirakam seakan-akan menuju ke bawah skrin, melainkan kamera tersebut bergerak bersama-sama roket itu, dan dipasang terbalik?

Perjalanan dari Bumi ke ISS akan mengambil masa tiga hari. Dalam visual langsung tadi, kelihatan Dr. Sheikh Muszaphar memegang suatu fail hijau yang kandungannya tidak diberitahu. Duduk di kiri beliau adalah En. Yuri dari Rusia dan ke kiri lagi ialah komander penerbangan, Ms. Peggy Whitson dari Amerika Syarikat. Yuri dan Peggy kelihatan memegang pen dan buku nota yang asyik dibelek-belek seakan-akan memeriksa sesuatu. Peggy juga dilihat menulis dalam buka notanya sekali-sekala.

Kedengaran juga suara seorang wanita di stesen Bumi cuba memahami dan mengalih bahasa laporan terkini daripada roket tersebut. Kebanyakan laporan tersebut adalah mengenai kelajuan dan suhu semasa. Jika wanita tersebut gagal memahami apa yang diperkatakan, beliau mengatakan, "Unintelligible" yang bermakna 'sukar difahami'.

Dengan pelancaran Dr. Shiekh Muszaphar, Malaysia menjadi negara ke-39 untuk melawati angkasa lepas.* Jika direnung kelayakan Dr. Sheikh Muszaphar, sah bahawa beliau sebenarnya memang bertuah sebagai seorang pakar bedah ortopedik Hospital UKM dan model separuh-masa, untuk menjadi angkasawan pertama mewakili Malaysia.

Setiba di ISS, kita sedia maklum bahawa Dr. Sheikh Muszaphar akan menjalankan kajian mengenai tindakbalas sel kanser dengan perubatan sedia ada, dalam keadaan tanpa graviti.

Bukan menjadi isu penting bahawa jawatan Dr. Sheikh dalam perjalanan ke angkasa lepas kali ini sekadar 'peserta penerbangan' atau 'space flight participant' mengikut kenyataan rasmi Rusia dan juga disebut semasa siaran langsung tadi, iaitu sebenarnya jawatan yang tidak begitu glamor. Yang mustahak, biarlah kejayaan angkasawan Malaysia ini menjadi tanda permulaan penyertaan aktif negara dalam bidang astronomi dan menjadi harapan kepada seluruh warganegara sekarang dalam mengundang pencapaian yang lebih besar pada masa hadapan.

Akhir kata, Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca Muslim. Semoga selamat balik ke kampung halaman dan sihat sejahtera sepanjang musim perayaan ini. Sekian.

*Terima kasih rational thinker dan mat sputnik atas pembetulan fakta.

32 comments:

Hasbullah Pit said...

Bahasa yang gemini guna jauh lebih indah dari 'bahasa rempit' yang bigzsterz guna.


Roket kelihatan ke bawah:
Saya pun mushkil juga. Mungkin kamera di letak mendongak ke atas.

Kajian tindak balas sel itu dilakukan kerana sel mereput dengan lebih cepat di Angkasa, jadi memudahkan penyelidik asal mengetahui apa hasilnya berbanding di bumi, terpaksa tunggu beberapa tahun. Rasanya tiada kaitan dengan sifat tanpa graviti.


Jemput baca:
Tulisan saya mengenai Program Angkasawan

Eileen said...

Salam sejahtera...
Setelah dinyatakan oleh kamu 'intelligible' bermaksud sukar difahami, baru saya tahu tujuan perkataan tersebut disebut. haha. terima kasih. Ya, roket tersebut seolah-olah dilihat ke bawah. Pada pandangan saya, mungkin kamera itu dirakam dekat tempat pelepasan jadi daya tujahan roket bertentangan graviti sangat besar dalam perkarangan atmosfera bumi sehingga terdapat gegaran yang memberi ilusi kepada mata kita. haha. saja-saja cakap.

WY said...

Salam kpd saudara/saudari sekalian,

Pertama sekali, Syeikh bukan umat Islam yang pertama ke angkasa lepas, tetapi yang ke sembilan. Sila ambil sejenak pada artikel CNN yang berikut:
http://edition.cnn.com/2007/TECH/space/10/10/russia.space.ap/

Keduanya, saya tidak faham sama sekali, bagaimana, "lawatan sambil belajar" beliau akan memberi sumbangan apa apa jua kepada penyelidikan mau pun perkembangan sains dan teknologi di negara ini. Dengan peruntukan sebanyak 110 juta ringgit, negara kita mampu menampung pengajian lebih daripada 200 doktor falsafah dalam bidang astronomi/aeronautikal/sains/kejuruteraan dan sebagainya.

Sila bangun dari lena mu wahai saudara saudari sekalian.

CY said...

sebol - Bahasa Melayu dalam bentuk asalnya sememangnya indah. Saya akui bahawa sebenarnya tidak berapa memahami kajian yang akan dijalankan selain daripada laporan media, jadi terima kasih atas penerangan saudara.

Jika bukan disebabkan sifat tanpa graviti, faktor apa yang mempercepat pereputan sel itu?

eileen - Perkataan tersebut sebenarnya 'unintelligible' yang bermaksud sukar difahami, bukannya 'intelligible' yang maknanya boleh difahami. (Ruj: Dictionary.com)

Harap maaf, saya telah membetulkan kesilapan ini.

rational thinker - Rencana ini saya tulis berdasarkan komentari semasa visual langsung sebagai sumber utama. Sekarang saya sedar bahawa Dr. Sheikh merupakan orang Muslim pertama untuk berbuat demikian semasa bulan puasa Ramadan, dan bukannya yang "pertama untuk berbuat demikian, tambahan lagi semasa..." seperti yang ditulis. Harap maaf, kesilapan ini telah diperbetul.

Berkenaan hujah kedua anda, lena tak lena, angkasawan pertama sudahpun dilancarkan. Sekarang Kapt Faiz sedang nyata beria-ia untuk menjadi angkasawan kedua Malaysia untuk ke bulan ataupun Marikh. Perjalanan kedua ini tentu akan memerlukan peruntukan yang besar juga. Jika anda tidak bersetuju impian Kapt Faiz ini ditunaikan, baik suarakan pendapat anda sebelum beliau juga dilancarkan nanti!

pinksterz said...

i inspired you to blog in malay!

i am an inspiration!

OMG inspiration is me!

inspirationisme.blogspot.com!

wahahahahahaha

*ecstatic*

sebol: bahasa rempit gua adalah gurauan semata mata. tiada kaitan sama kamu, dia mahupun mereka mereka ataupun kucing kucing jiran kita semua. oh tidak dilupakan kambing kambing nenek saya juga.

pinksterz said...

oleh kerana semua pengomen sebelum saya menggunakan bahasa ibunda maka saya terpaksa mengomen kali kedua kerana encik karljam (yang merangkap datuk di alam belog saya juga *batuk batuk*) telah menyuarakan perkara yang sama!

dan saya akan mengalihbahasakan komen saya yang sebelum ini.

saya menginspirasikan kamu untuk membelog dalam bahasa melayu!

aku adalah satu inspirasi!

oh-saya-tuhan (OST) inspirasi adalah aku!

inspirasiadalahaku.blogspot.com!

wahahahahahahaha

*ke-ekstatik-an*

sebol: my rempitish language is just for joking purpose. it has nothing to do with youm her or him or them or those cats of our neigbor's. oh and not to be forgotten the goats of my grandma too!

(cewaahhhhhhh! komen dalam melayu!)

pinksterz said...

erm, patutkah aku mengomen dalam bahasa hokkien juga?

CY said...

Ya silakan kalau sudi.

Haih, hancur perbincangan intelektual nih... :/

pinksterz said...

aku kan penghancur dan perosak terkemuka?

pinksterz said...

dan oleh kerana aku diberi lampu hijau untuk berbahasa hokkien:

wa si chut mia eh spoiler

CY said...

Spoiler yang lekat kat belakang kereta tuh? Wakakaka xD

pinksterz said...

wa chut mia cho pai mikia eh lang

CY said...

Ha, ni baru betul! Waw, memang sah budak ni orang Penang xD

pinksterz said...

gelak keluar kuat!

aku ada sifu sifu yang hebat la!

CY said...

Bagus! Bagus! Terfikirkan ku ada rakan2 cina yg sendiri x fasih Hokkien -_-||

Bingsterz, ada kata2 akhir utk angkasawan negara kita? ;)

pinksterz said...

dr sheikh!!!!!! aku cinta padamu!!!!!!

CY said...

...dan demikianlah luahan penuh perasaan bingsterz kepada angkasawan pujaan. Sekian sahaja utk kali ni dan selamat malam, semua xD

runawaycat said...

Wah semua berbahasa. Apa boleh saya buat? Kenalah ikut trend, kalau tidak kena tembak. Saya setuju dengan rational thinker. Memang er...boros. Itu duit tax tau.

CY said...

Boros tak boros, angkasawan pertama sudahpun dilancarkan. Sekarang Kapt Faiz sedang nyata beria-ia untuk menjadi angkasawan kedua Malaysia untuk ke bulan ataupun Marikh. Perjalanan kedua ini tentu akan memerlukan peruntukan yang besar juga. Jika anda tidak bersetuju impian Kapt Faiz ini ditunaikan, baik suarakan pendapat anda sebelum beliau juga dilancarkan nanti!

runawaycat said...

Woi why you repeat your answer?

CY said...

Kerana pendapat anda sama dengan rational thinker, oleh itu jawapan saya juga sama :)

TH said...

Susah nak taip dalam bahasa melayu, sudah 5 tahun tak berbahas! Heh.

CY said...

Lol... erm, maksud saya, gelak keluar kuat!!

Tanpa disedari, Karljam dah mulakan suatu Kempen Berbahasa Melayu di sini xD

Anonymous said...

Orang Islam pertama berpuasa dan berhariraya di angkasalepas adalah Prince Sultan dari Arab Saudi, pada tahun 1985. Sila baca:

http://snipurl.com/1s8ml

+++

CY said...

Terima kasih mat sputnik kerana membekalkan rencana tersebut. Maknanya Dr. Shiekh bukan umat Islam pertama di angkasa, dan juga bukan yang pertama untuk berpuasa di sana.

Ayat tersebut akan saya perbetul seperti berikut:

"Dengan pelancaran Dr. Shiekh Muszaphar ke angkasa lepas, menjadikan (BATAL) beliau orang Muslim pertama untuk berbuat demikian semasa bulan puasa Ramadan, seterusnya mencatatkan (/BATAL) negara Malaysia sebagai negara ke-39 untuk melawati angkasa lepas."

Berikutan kesilapan fakta ini, persoalannya sekarang, setakat manakah kebolehpercayaan laporan media massa negara kita ini? :(

anthraxxxx said...

Mat Sputnik,

Jikalau Dr SMS bukan orang islam pertama yang berpuasa di alam semesta maka beliau merupakan orang terulung yang memutar gasing di dalam ISS :)

CY said...

Pendapat saya, anthraxxxx, gasing itu takkan berputar sebab kurang tarikan graviti. Mungkin yang betulnya, orang terulung mengapungkan gasing dalam ISS? xD

Anonymous said...

Eh sudah la pasal ANGKASAWAN ini! Buang masa aje hantar orang ni ke angkasa! Betul ke dia ni boleh jalani kajian and dapati keputusan yang dikehendaki? Bagi ku dia tu nampak macam seorang pelancong angkasa lebih dari orang menjalani kajian. Setiap tahun kami bayar beriburinggit untuk hantar budak ni ke ISS? Sangat melucukan.

CY said...

Jikalau episod 1 dah sangat melucukan, nantikan episod ke-2!

Anonymous said...

Pada pendapat saya, beliau bukannya angkasawan sebagaimana yang disebut-sebutkan itu. Beliau hanyalah seorang 'spaceflight participant' yang menyertai/tumpang rombongan negara lain ke angkasa. He served no purpose! Wakakakakakkaka!!!

Anonymous said...

cy:

bila gasing berputar, maka terhasillah graviti bagi gasing itu sendiri

persoalan pereputan itu tak dapat saya jawap. err mungkinkan ia memang disebabkan oleh tanpa graviti?
Apa kaitan pereputan dengan graviti?



clare:
NASA tak mempunyai hak untuk mengiktiraf sesiapa sebagai "Angkasawan", mereka hanya mengiktiraf orang yang menjalani program mereka sebagai "astronaut".

Hanya kita yang bermurah hati menganggap Neil Armstrong sebagai Angkasawan.

Begitu juga rusia, mereka hanya mengiktiraf orang mereka sebagai cosmonaut.

dalam kes Dr SMS,
dia diiktiraf oleh Rusia sebagai Cosmonaut
walaubagaimanapun dia tidak diiktiraf oleh NASA sebagai "Astronaut".
Dia tetap Angkasawan Negara.

kerana sebab itu, pernah keluar kenyataan dari Dr SMS mengatakan "Saya rela dilatih di NASA" dan dengan itulah satu-satunya cara dia diiktiraf sebagai "Astronaut".

Tetapi, apa tujuannya? Latihan ke Angkasalepas setelah turun ke Bumi hanya untuk mendapatkan pengiktirafan NASA?

Sila baca
http://sebolku.blogspot.com/2007/10/sheikh-muzafar-ditipu-kerajaan-malaysia.html

CY said...

clare - Purpose atau tujuan itu tak mungkin tiada. Sekurang-kurangnya ada satu. Terfikir tak? ;)

sebol - Tentang pusingan gasing, mungkin maksud saudara gasing itu akan menghasilkan daya centrifugal sendiri yang terus memusingkannya, dan untuk tempoh lebih lama disebabkan tiada rintangan udara. Walau bagaimanapun, disebabkan daya tarikan graviti juga tiada, oleh itu, gasing itu takkan berpusing setempat.

Dalam eksperimen sebenar yang dilakukan oleh Dr. Sheikh, masalah tersebut diatasi dengan mengikat gasing itu dengan tali pada kedua-dua permukaan atas dan bawah. Keputusannya, gasing berputar selama kurang daripada seminit.

Hal ini menghairankan jika difikirkan tiada rintangan udara seperti yang saya katakan tadi. Kemungkinan besar rintangan itu datang dari geseran antara tali dengan permukaan gasing.

Pendapat saya, eksperimen putaran gasing ini tidak dirancang dengan sempurna (contohnya, gagal mengambil kira faktor geseran tali) dan keputusannya tidak bermakna.

Berkenaan pereputan sel dalam keadaan tanpa graviti saya tak berapa mahir kerana memerlukan pengetahuan biologi. Adakah pembaca yang boleh membantu?

Saya tidak bersetuju dengan pendapat saudara bahawa pengiktirafan NASA tidak penting kerana NASA ialah suatu organisasi yang ternama dan berkredibiliti. Tidak bijak kiranya kita menjustifikasi kegagalan untuk diiktiraf sebagai 'angkasawan' dengan mengatakan pendapat NASA tidak penting sama sekali!